17 Disember, 2013

Sukan Sea: Malaysia tewaskan Vietnam 2-1 layak ke semifinal

NAYPYITAW: Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA Myanmar 2013 apabila menewaskan Vietnam 2-1 pada aksi perlawanan kumpulan A, di Stadium Zayar Thiri di sini, petang Selasa.

Gol negara disumbangkan oleh Asri Chuchu pada minit ke-82 dan Saarvindran pada minit ke-90.

Manakala gol tunggal Vietnam dijaringkan oleh Mac Hong Quan pada minit ke-95.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu akan menentang Indonesia pada aksi separuh akhir, Khamis ini.


EmoticonEmoticon