08 Disember, 2013

(Video) Nombor Plat Magik, elak dari dirakam kamera AES

Mungkin ramai di antara kita bernasib malang “ditembak” oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), tetapi di sudut yang lain, selain daripada penguasa, kita tahu bahawa terdapat pihak yang membuat wang dari sistem.

Apa yang ingin kami nyatakan bukanlah vendor yang telah dianugerahkan projek ini tetapi untuk mereka yang menjual Pengesan AES dan juga produk-produk lain yang berkaitan dengan AES.

Antara produk-produk yang boleh didapati di pasaran adalah “Nombor Plat Anti-AES” atau juga dikenali sebagai Plat Magik (Plate Magic). Produk Taiwan ini telah mendapat sambutan hangat dan dijual seperti pisang goreng panas di facebook. Nombor Plat Anti-AES akan membantu anda mengelakkan undang-undang trafik dan mengelak daripada ditangkap oleh kamera. Bagaimana ia berfungsi?

Mari saksikan klip video di bawah.
<

Harga Nombor Plat Anti-AES

Harganya diletakkan sekitar RM400 dan pemasangan boleh dibuat sendiri (DIY )atau anda boleh melakukan pemasangan di mana-mana kedai aksesori kereta pada harga upah RM30. Alat ini agak mudah untuk dipasang, dan boleh dilakukan dalam masa kurang dari sejam, kini telah menjadi semakin panas dengan sejak akhir-akhir ini.

Seperti biasa, anda tidak disyorkan menggunakan produk ini kerana dengan “menutup” plat nombor daripada penglihatan pihak penguasa adalah suatu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika anda terperangkap menggunakan produk ini, sendiri mau ingatlah.

Maaf, kami tiada informasi tentang pembekal peranti ini. Sila google ya.


EmoticonEmoticon