08 Januari, 2014

Dua anggota RELA pecah masuk rumah Timbalan Menteri

Gambar hiasan
KUCHING - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan hukuman penjara selama enam bulan terhadap dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia selepas mengaku bersalah memecah masuk rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 24 Disember lalu.

Tertuduh, Aloi Ali, 42 dari Kampung Pinang Jawa dan rakannya Nurul Azmie Tahir, 30, dari RPR Taman Sri Jaya, mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Maris Agan. - KOSMO!


EmoticonEmoticon