06 Januari, 2014

Foto berita 'Jasad bayi masih sempurna' Harian Metro palsu?

Foto yang kononnya telah 'dibedah siasat' oleh individu yang mendakwanya sebagai palsu
Siang tadi, Harian Metro ada melaporkan sebuah berita yang bertajuk 'Jasad bayi masih sempurna'. Menurut laporan tersebut, jasad bayi berkenaan antara tujuh pusara dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan yang diwartakan.

Namun begitu, sedikit kontroversi telah tercetus apabila beberapa pihak mempertikaikan foto bayi berkenaan yang disiarkan oleh akhbar tersebut.

Foto yang menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai penggali kubur sedang mengangkat mayat bayi yang itu telah menimbulkan kontroversi dan didakwa telah disunting.

Foto yang kononnya telah 'dibedah siasat' itu kemudiannya disebarkan sebuah laman Facebook di bawah.

Ramai juga pengunjung laman tersebut memberi respon negatif kepada Harian Metro malah ada yang mempercayainya secara bulat-bulat pendedahan tersebut.

Diharapkan Harian Metro dapat memberi penjelasan mengenai perkara ini kerana ianya boleh mencalarkan reputasi kewartawanan yang profesional.


EmoticonEmoticon