13 Januari, 2014

(Gambar) Datuk Yusof Haslam merisik bakal isteri Syamsul

Umum sudah mengetahui bahawa pengarah filem muda, Syamsul Yusof kini telah mula bergiat aktif dalam kegiatan dakwah. Begitu juga dengan Puteri Sarah Liyana yang sudah mengundurkan diri dari bidang lakonan.

Terkini, CARI forum telah berkongsi beberapa keping gambar yang dipercayai foto majlis merisik untuk Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.
Jelas kelihatan di dalam gambar, Dato Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail berada di pelamin bersama dengan gadis tersebut. Walaubagaimanapun, usaha OHBULAN! untuk mendapatkan komen daripada Syamsul Yusof mengenai perkara ini masih tidak berjaya.


EmoticonEmoticon