23 Januari, 2014

Hubungan songsang Ning Baizura?

Bagi yang sudah menonton muzik video terbaru Ning Baizura yang berjudul Bukan Wanita Sempurna, pastinya anda berasa sedikit terkejut dengan keberanian penyanyi itu mengetengahkan isu hubungan sejenis atau songsang menerusi video itu.

Namun, menurut penyanyi bersuara soprano itu, dia pada mulanya menentang idea muzik video yang diilhamkan oleh pengarah video itu sendiri iaitu Zul Ardhia.

Memetik portal Murai, Ning berkata, “masa mula-mula idea ini dilontarkan kepada saya terus-terang saya sedikit gementar dan agak berat hendak melakukannya tetapi bila diyakinkan oleh pihak label iaitu Universal Music bahawa mereka mahu bawa satu kelainan kali ini saya pun terus bersetuju”.

“Sebenarnya saya antara orang yang berfikiran sangat negatif bila idea ini diberikan kepada saya oleh pengarah videonya, Zul Ardhia. Bukan apa, saya kalau boleh hendak menjaga hati semua pihak, itu yang membuat saya sangat bimbang ketika itu,” ulasnya lagi.

Muzik video itu memaparkan kecurangan suami yang beralih arah mencintai seorang jejaka lain sehingga menghancurkan hati isteri yang setia mencintainya.

Ning juga menafikan menyokong hubungan songsang dengan penerbitan video tersebut sebaliknya mengharapkan peminat di luar sana dapat melihat mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu dan video tersebut.

“Saya harap, video klip ini tidak disensasikan dan harap khalayak lebih terbuka kerana sebenarnya kisah yang ditonjolkan kisah realiti sebenar yang pernah berlaku disekeliling kita juga, cuma kali ini divisualkan,” katanya.


EmoticonEmoticon