16 Januari, 2014

Kad pegawai kerajaan diperkenalkan

PUTRAJAYA 16 Jan. - Inisiatif memperkenalkan kad pegawai kerajaan merupakan usaha transformasi sektor awam yang bertujuan mewujudkan keseragaman identiti kakitangan awam bersekuriti tinggi di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, penggunaan kad tersebut akan mengelakkan masalah pemalsuan identiti dan penyamaran menerusi pengesahan maklumat secara berpusat.

Katanya, penggunaan kad itu akan diperluaskan untuk urusan perniagaan dan perbankan serta keistimewaan perkhidmatan awam pada masa akan datang.

``Kad ini bukan sahaja menyimpan data peribadi penjawat awam tetapi dilengkapi jaminan keselamatan melalui penggunaan teknologi ID (identiti) Forensik bagi mengelak pemalsuan identiti oleh pihak tidak bertanggungjawab.

``Menggunakan tiga teknologi terkini iaitu NexCode, Contactless Chip dan biometrik untuk mengesahkan identiti pemegang kad menerusi kaedah pengecaman dan pengesahan maklumat yang diuji keberkesanannya sebelum ini," katanya ketika berucap dalam majlis Pelancaran Kad Pegawai Kerajaan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


EmoticonEmoticon