08 Januari, 2014

Kebakaran di Rantau Panjang, surau kedai tidak 'terusik'

Sebanyak 60 unit kedai berusia kira-kira 20 tahun di Pekan Rantau Panjang berhampiran Kompleks Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di sini, yang terkenal sebagai 'syurga membeli-belah' musnah dalam kebakaran tersebut.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa berikutan kesemua premis tidak beroperasi pada waktu malam.

Namun apa yang menarik adalah beberapa keping gambar selepas bomba selesai memadamkan kebakaran telah disebarkan di internet.

Gambar tersebut di dakwa gambar sebuah surau di salah sebuah kedai yang terbakar pada malam tersebut.
Walaupun kebakaran dilihat memusnahkan hampir ke semua bahagian kedai, surau tersebut masih kelihatan elok, serta peralatan-peralatan dalamnya masih tidak terusik, hanya sedikit habuk dari kesan kebakaran sahaja yang berada di situ.

Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah Maha Mengetahui...



EmoticonEmoticon