22 Januari, 2014

Komposer terkenal meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Komposer tersohor era 1950-an, Kassim Masdor (gambar), 76, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura (SGH), akibat penyakit radang paru-paru kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Sementara itu, laman sosial dibanjiri ucapan takziah selebriti yang berkongsi kesedihan dengan pemergian komposer itu antaranya Datin Seri Tiara Jacquelina dan Melissa Saila.

Antara penyanyi yang mendendangkan lagu beliau ialah Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Rafeah Buang, Sharifah Aini, Ahmad Daud dan Sudirman dengan lagu popularnya termasuk Bahtera Merdeka.


EmoticonEmoticon