12 Januari, 2014

Terbuka Korea: Chong Wei tersungkur

JAGUH nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei memulakan aksi tahun 2014 dengan prestasi hambar apabila tewas kepada pemain China, Chen Long dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea hari ini.

Tewas straight set 21-14 21-15 dalam masa 56 minit kepada Chen Long membuatkan misi pemain pilihan pertama itu untuk mendakap kejuaraan sulung tahun ini tidak kesampaian.

Bahkan impian Chong Wei untuk merangkul gelaran keempat setelah menjuarai kejohanan itu pada 2010, 2012 dan 2013 juga gagal dilaksanakan.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$600.000 (RM1.96 juta).


EmoticonEmoticon