25 Februari, 2014

Ahli DAP serah bukti Teresa seleweng dana PRU13

PUTRAJAYA: Ahli DAP hari ini menyerahkan dokumen yang didakwa sebagai bukti penyelewengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Bekas pembantu peribadi kepada Teresa, Tony Tan mendakwa Teresa sudah beberapa kali menyalahgunakan kuasa atas kapasitinya sebagai wakil rakyat.

"Dia salah guna kuasa, kalau kita hendak guna satu cek dalam DAP, kita mesti tahu tujuan penggunaannya, tetapi dia (Teresa Kok) sudah dilihat salah guna kuasa apabila mengeluarkan cek yang melebihi RM500, salah satu cek bernilai RM5,000, salah satu cek lagi RM8,000 dan keseluruhan cek bernilai RM23 ribu.

"Jadi kita minta Teresa jelaskan penggunaan cek itu, ini baru dipanggil ketelusan dan biar rakyat semua tahu tujuan penggunaan cek itu," katanya.

Tony juga berkata penyerahan dokumen itu sekaligus akan membantu menyelesaikan kes saman bekas ADUN Kinrara itu terhadap ahli DAP, Danny Leong Eng.

Teresa sebelum ini bertindak menyaman Danny RM10 juta sejurus ahli DAP itu mempersoalkan dakwaan penyelewengan beliau bernilai RM186,000 semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU13).

Minggu lepas, Danny dilaporkan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan itu.

"Kita cuma tanya saja mana pergi itu wang, kita bukan tuduh dia makan itu wang, tapi dia sudah tuduh kita kata dia ambil itu wang, kita cuma tanya mana pergi itu wang," katanya.

"Danny Lim dapat satu saman RM10 juta daripada Teressa Kok, dia sudah gunakan cara macam ini memang tidak betul, saya cakap sama YB Teresa, kalau ada salah, adalah.

"Kalau tiada salah, tidak perlu takut," katanya kepada pemberita tadi sejurus menyerahkan dokumen tesebut kepada pegawai JPPM.

Untuk rekod, Danny menerima surat saman dari Teresa kerana mempersoalkan dana kutipan untuk kempen DAP pada PRU-13 lalu berjumlah RM186,000.


EmoticonEmoticon