25 Februari, 2014

Ahli politik bukan tokong atau dewa - Lim Guan Eng

Populariti di puncak umpama bintang rock sejak menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang, Setiausaha DAP Lim Guan Eng sentiasa menjadi tumpuan penyokong apabila muncul di khalayak.

Penyokong dan peminat beliau akan meluru kepadanya bagi mendapat autograf dan ia membuatkan musuh politik melabelkannya sebagai 'tokong'.

Bagaimanapun istilah itu tidak dicipta musuh politiknya, tetapi dicipta bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang PKR Datuk Mansor Othman, dalam mesyuarat yang mana beliau menyatakan perbezaan pendapat dengan Lim.

Isi mesyuarat yang diadakan pada 2012 telah bocor dan sejak daripada itu, label 'tokong' melekat pada Lim yang juga ahli parlimen Bagan.

Dalam program bual bicara bersama KiniTV dalam bahasa Mandarin baru-baru ini, Lim menyifatkan label itu sebagai serangan peribadi yang cuba mengalih daripada isu sebenar.

Menurut Lim, ahli politik tidak maksum dan oleh itu tidak boleh dimuliakan sebagai 'tokong', malah melarang membandingkan antara kedua-duanya.

"Kami menekankan tiada pemimpin adalah dewa. Jangan jadikan mitos kepada mana-mana pemimpin kerana dewa tidak melakukan kesilapan, tetapi kita lakukan.

"Malah ketika saya melakukan salah, saya memohon maaf secara terbuka," katanya.


EmoticonEmoticon