21 Februari, 2014

Timbalan CEO Proton letak jawatan lagi?

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd. (Proton) Datuk Lukman Ibrahim dilaporkan meletakkan jawatannya untuk buat kali kedua setelah melakukan perkara yang sama pada 29 Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau muncul semula ketika pelancaran Proton Suprima S pada 17 Ogos 2013 dengan jawatan yang sama yang menandakan beliau kembali menjawat jawatan tersebut.

Pada hari ini pula, media melaporkan beliau meletak jawatan itu semula dan sumber dalaman yang dihubungi memberitahu satu pengumuman rasmi akan dikeluarkan.

Sementara itu Proton yang dihubungi untuk mengesahkan laporan tersebut enggan mengulas lanjut.

"No komen," kata Proton Holdings kepada Utusan Malaysia.

Lukman memegang jawatan itu pada 1 Mei 2012 setelah DRB-Hicom mengambil alih Proton pada 16 Januari 2012 apabila memeterai perjanjian jual beli keseluruhan pegangan Khazanah Holdings Bhd., pada harga RM1.291 bilion atau RM5.50 sesaham.


EmoticonEmoticon