03 Mac, 2014

Adegan intim dengan Erra, isteri Awie bagi sokongan penuh!

MUNGKIN ada yang tertanya-tanya apakah reaksi isteri Awie, Rozana Misbun, 35 tatkala melihat adegan mesra antara suaminya dengan Erra Fazira untuk Konsert Teaterikal Suara Kita yang bakal berlangsung di Istana Budaya, minggu depan.

Jika anda sangka dia cemburu dengan perkara itu, ini jawapannya menerusi B*Pop, hari ini:

“Selama ini, Awie juga pernah bergandingan dan beraksi mesra dengan pelakon wanita lain. Jika dulu saya mengatakan tidak, sudah tentu projek ini tidak dapat dilaksanakan.

“Saya memberi sokongan kepada Awie supaya memilih Erra dan Ziana kerana dapat mengimbas semula zaman kegemilangan mereka sekitar era 1990-an.

“Hubungan saya dengan Erra juga baik. Erra seorang yang peramah dan cukup disenangi. Saya peminat Erra sejak di bangku sekolah lagi. Dulu saya pernah mengajak Awie menyaksikan teater lakonan Erra.

“Lagipun, Erra sendiri mengeluarkan kenyataan tidak mahu babak intim yang berlebihan sehingga Erma terpaksa merombak semula skrip. Saya faham keadaan Erra, tentulah situasi itu mengundang persepsi buruk. Sudah pasti ada yang menuduhnya bermacam-macam, lebih lagi dalam keadaannya yang masih dalam tempoh edah,” jelasnya.

Nah, jika Rozana sendiri sudah berkata demikian, rasanya tak perlulah lagi kita membuat andaian yang bukan-bukan mengenai ‘keintiman’ Awie dan Erra semasa latihan.

Kadang-kadang orang luar yang berlebih-lebihan, padahal mereka ‘cool’ saja, tak gitu?

Oleh: ELZA


EmoticonEmoticon