12 April, 2014

Anak Linda Rafar Disahkan Hidap Ketumbuhan Kronik

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2014: Baru-baru ini Astro Gempak ada mengeluarkan artikel tentang Linda Rafar yang mengaku masih tidak mengetahui penyakit yang dihidapi anak keduanya, Rezaiman Keiflin yang terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras selama tiga minggu. Penyanyi itu yang dihubungi semalam menjelaskan anaknya itu yang kini berusia 12 tahun dilaporkan mengalami ketumbuhan kronik dalam perut dan masih menjalani rawatan lanjutan untuk mengelak ianya dari terus merebak.

Menurut Linda, keadaan anaknya kini masih lemah dan kini hanya menerima rawatan lanjut di rumah mereka atas permintaan Rezaiman sendiri.

“Buat masa ini saya hanya boleh cakap Rezaiman dilaporkan mengalami ketumbuhan kronik dalam perut seperti laporan pihak doktor. Keadaan Rezaiman kini masih lemah dan memerlukan bantuan ubat-ubatan untuk menghalang daripada penyakitnya terus merebak.

“Saya lakukan pelbagai ikhtiar dan banyak berdoa kepada tuhan dan mengharapkan Rezaiman sentiasa tabahkan hati untuk lawan penyakit yang dihadapinya. Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya sebelum ini sihat walafiat seperti kanak-kanak normal yang lain tetapi tiba-tiba jatuh sakit dalam sekelip mata.

“Saya harus akur dengan ujian yang Allah SWT berikan kepada saya dan keluarga. Apa yang penting sekarang ini adalah kami cuba ikhitiar pelbagai cara untuk merawat penyakit yang ditanggung oleh Rezaiman,” ujar Linda Rafar.

Dalam pada itu, Linda turut mengakui telah menghabiskan wang puluhan ribu ringgit untuk membeli pelbagai jenis ubat selain mencuba pelbagai cara rawatan untuk mengubati penyakit anaknya itu.

“Terus terang saya sudah keluarkan puluhan ribu ringgit untuk bayar kos rawatan Rezaiman tidak kira dari segi moden mahupun tradisional. Saya baru sahaja beli ubat berharga RM12,000 untuk Rezaiman makan selama 19 hari.

“Pihak doktor ada menyarankan anak saya jalani proses rawatan kemoterapi tetapi setelah berbincang dengan Rezaiman dan keluarga kami rasa rawatan tersebut adalah jalan terakhir jika semua jenis rawatan yang kami ikhitiar tidak berhasil.

“Buat masa sekarang saya sekeluarga perlu berfikiran positif dan cuba sedaya upaya bantu Rezaiman untuk kuatkan semangat lawan penyakit yang dihadapinya. Saya juga bersyukur ada pihak terutamanya rakan-rakan, peminat dan organisasi luar yang sudi hulurkan bantuan untuk bantu kos perubatan anak saya.

“Saya sangat berterima kasih kepada mereka semua kerana sudi bantu saya dari segi kewangan sebab untuk beli ubat-ubatan untuk Rezaiman sememangnya mahal. Ada jugak pihak yang mahu menganjurkan derma kilat buat anak saya, tetapi bila fikir balik saya rasa malu dan risau jika orang ingat saya cuba ambil kesempatan untuk guna alasan anak saya.

“Terus terang saya katakan, setiap bantuan yang kami sekeluarga terima saya terus masukkan dalam akaun Rezaiman dan terus fikir jalan alternatif lain untuk bantu lawan penyakit anak saya,” jelas Linda lagi dalam nada yang sedih.

Mari kita sama-sama mendoakan agar Rezaiman cepat sembuh seperti sedia kala dan tabah menghadapi segala dugaan oleh Allah SWT. Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan dari segi kewangan kepada Linda Rafar, anda boleh ke:

Akaun ASB

Rezaiman Keiflin

Nombor Akaun : 167579162

Nombor Kad Pengenalan : 002120 -114- 0927

Akaun Maybank

Azlinda binti Rafar : 114253247661 Maybank


EmoticonEmoticon