30 April, 2014

Guru wanita bimbang 'skandal' dengan anak murid kantoi

Gambar hiasan
Saya gadis berusia 24 tahun dan mempu­nyai kekasih berusia 17 tahun yang juga pelajar saya. Saya mengajar kelas tuisyen secara peribadi kepada keluarga yang memerlukan perkhidmatan saya.

Saya lebih gemar me­ngajar pelajar secara perseorangan. Mengenai kekasih saya, tidak dinafikan kesungguhannya memikat saya menyebabkan saya terima permintaannya untuk jadi pasangan.

Mulanya saya keberatan menjalin hubungan de­ngannya memikirkan dia masih bersekolah. Puas saya menolak apabila dia me­ngajak bertemu janji, namun kekasih muda saya sabar dengan sikap saya.

Saya meletakkan syarat dia perlu mendapat keputusan baik supaya kami dapat bertemu janji. Tidak sangka syarat berkenaan diterima dan dia sanggup

menunggu. Pada masa sama, sikapnya yang tenang dan bersabar membuatkan saya semakin sayang padanya.

Saya bimbang akan jatuh cinta terhadapnya. Maklumlah, jarak umur kami dan latar belakang keluarganya yang berprofil tinggi tidak mungkin membantu hubungan cinta kami.

SUHA, Kuala Lumpur

Pepatah lama berbunyi ‘Kalau takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai’. Maksudnya, jika saudari tiada kekuatan berdepan halangan per­cintaan, baik segera berputus asa.

Kedengarannya seperti saudari kalah sebelum berjuang tetapi itu lebih baik. Melihat status kekasih yang masih bawah umur dan saudari langsung tiada keyakinan, tentu saja hubu­ngan cinta itu sukar.

Pada sudut lain, Dang ­Setia bimbang kekasih saudari dipengaruhi keinginan untuk bercinta disebabkan rakan­nya di sekolah sibuk bercinta. Sindrom ‘cinta monyet’ biasa berlaku pada peringkat usia begini.

Nasihatkan murid saudari supaya fokus terhadap pembelajarannya. Sementara masih muda, dia harus me­manfaatkan masa remaja dengan menjalankan aktiviti sihat bersama rakan.

Saudari perlu tekadkan hati sebaik memutuskan enggan melayan per­mintaannya. Jelaskan ke­padanya mengenai sempadan di antara kekasih dan anak murid supaya dia dapat lihat pendirian tegas saudari menolak pelawaan menjadi pasangannya.


Dang Suria @ Harian Metro


EmoticonEmoticon