20 April, 2014

Masalah air: Nestle boleh pindah kilangnya ke N. Sembilan

SEREMBAN – Kerajaan negeri mengalu-alukan kilang Nestle Malaysia Bhd (Nestle) di Selangor jika mahu berpindah operasi ke negeri ini, berikutan industri pengeluar makanan dan minuman itu kini berdepan dengan masalah bekalan air di Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya ada hasrat daripada industri itu untuk memindahkan atau mengalihkan operasi kilang mereka ke sini memandangkan Nestle turut mempunyai kilangnya di Chembong.

“Mereka boleh meninjau dan membesarkan kilang mereka di sini bagi membolehkan mereka mengalihkan secara beransur-ansur operasi kilang dari Selangor ke Negeri Sembilan berikutan kawasan sekarang tidak lagi kompetitif.

“Bagaimanapun, kita bukanlah mahu menghasut pihak industri itu supaya datang ke Negeri Sembilan kerana ia bukan tujuan kita tetapi sekiranya mereka mempunyai hasrat untuk memindahkan atau mengubah lokasi operasi mereka, kita amat mengalu-alukannya.

"Malah saya rasa Nestle tidak mempunyai masalah kerana operasi kilangnya di negeri ini juga besar yang mana mengeluarkan produk makanan dan minuman seperti Milo, Koko Krunch dan bijirin sarapan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 2013 Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban dekat sini, semalam.

Pada masa sama, Mohamad turut mengakui bukan satu perkara yang mudah dan senang jika Nestle mahu mengalihkan atau mengubah operasi kilang kerana ia akan menelan belanja yang begitu besar.

2 comments

Ulasan seorang MB yg bodoh...! Tak perlu berkias....cakap terus terang. Tak ke kata2 itu memperlihatkan ekonomi negeri 9 makin merundum. Negeri yg dekat dgn wilayah persekutuan hingga 2014 peratusan ekonominya di dalam peratus 1 digit. Apa yg PAK HASSAN buat...duduk sambil menanti pelabur dtg bertanya? Sedih pada rakyat N.9 sepatutnya MB bersungguh sungguh menarik dan meyakin pelabur2 ke N.9. Pergi mampos lah pada N.Selangor nak naik atau turun itu masalah diorang. Tak perlu meroyan atau terhegeh hegeh nak panggil pelabur yg dah bermastautin di sana. Cari lah yg bru dan tunjuk satu pembaharuan dan bersistematik untuk N.9. Kenapa kau ni BODOH SESANGAT Hassan.....!

EmoticonEmoticon