12 April, 2014

Terdesak muat naik gambar separuh bogel di Instagram


MILEY Cyrus mungkin masih menduduki ‘carta’ penyanyi remaja popular pada masa kini.

Namun, pada masa yang sama, kegemilangannya mula dirasakan semakin menurun hari demi hari.

Mungkin kerana itulah dia kembali memuatnaik gambar ‘panas’ menerusi akaun Instagramnya, baru-baru ini.

Ia memaparkan Miley hanya menutup payudaranya dengan lengan dan menggunakan tuala untuk menutup bahagian bawah tubuhnya.

Laman Fishwrapper.com yang menyiarkan gambar tersebut menyifatkan ia bukanlah sesuatu yang boleh dianggap seksi, sebaliknya hanya salah satu daripada gambar separuh bogel Miley yang bertujuan untuk menarik perhatian ramai.

“Baiklah Miley. Jika anda mahu menunjukkan payudara anda sebagai hiburan, ia menarik. Terima kasih untuk itu. Tapi jika ia cara untuk menarik kembali perhatian ramai, mungkin anda perlu membuat penilaian semula,” ujar penulisnya.

Nampaknya, sudah ramai yang mula bosan dan jelik dengan perangai buruk Miley…

1 comments so far


EmoticonEmoticon