06 Mei, 2014

Mufti bodohkan rakyat, Melayu kata DAP

KUANTAN, 6 MEI : Ahli Parlimen DAP Raub, Mohd Arif Sabri dalam satu kenyataan di blognya mendesak agar Mufti Pahang berhenti dari memperbodohkan Melayu agar menyokong kerajaan.

MP DAP ini secara jelas amat berang dengan dakwaan Mufti tersebut berkaitan permasalahan GST dimana Mufti tersebut secara jelas menyeru agar orang Islam menyokong perlaksanaan sistem cukai tersebut di atas manfaat jangka masa panjang.

Mohd Arif dalam kenyataannya menempelak cara Mufti itu mengulas tentang perlaksanaan cukai GST ini. Beliau berharap Mufti itu berhenti memperbodohkan kaum Melayu jika beliau sendiri tidak faham apa itu GST yang sebenarnya.

“Kalau kamu tidak tahu menahu mengenai GST, atau hanya tahu (huruf) 'T' di belakangnya saja, jangan gunakannya sebagai usaha untuk menjadikan Melayu Islam di Malaysia ini semakin bodoh", ujar beliau dalam penulisan di blognya.

Wakil DAP itu juga dilihat turut menuduh penerangan dari Mufti tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menjadikan rakyat khususnya Melayu menjadi 'pak angguk' sahaja di bawah pemerintahan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib.

Kontriversi ini tercetus selepas Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dalam satu sidang media sebelum ini menyeru agar Umat Islam tidak menyalahkan pelaksanaan GST sebaliknya berharap rakyat membantu kerajaan dalam menyokong usaha perlaksanaan tersebut jika ianya tidak melanggar syarak.-UtaraNews.com


EmoticonEmoticon