23 Mei, 2014

Pasangan kembar berjimak dengan satu teman lelaki serentak

Overly attached twins! Itulah ungkapan yang sesuai diungkapkan buat pasangan kembar perempuan dari Los Angeles, Amerika, iaitu Amy dan Becky Glass yang sering berkongsi apa sahaja barangan walaupun masing-masing sudah berusia 46 tahun.

Malah kedua-duanya tidak pernah berpisah hatta paling lama berjauhan pun selama 30 minit dalam 15 tahun kebelakangan ini.

Amy dan Becky juga gemar memakai pakaian yang sama rekaannya pada setiap hari malah jangan tak percaya mereka juga pernah bercinta dengan lelaki yang sama, juga pada masa yang sama.

Menurut Amy, mereka bertemu bekas teman lelaki, Chris pada 1993, malah mereka bertiga pernah melakukan hubungan seks bersama-sama.

Selain itu, Amy dan Becky juga mengamalkan diet dan cara pemakanan yang sama agar berat badan mereka juga dalam jumlah yang sama.

Amy dan Becky juga mengakui mereka sudah tidak bernafsu untuk mendirikan rumah tangga kerana hobi mereka yang suka melancong serta tidak mahu terikat dengan komitmen keluarga. – MYNEWSHUB.MY


EmoticonEmoticon