19 Mei, 2014

Piala Thomas: Malaysia menang, Liew Darren kalah lagi...

Keputusan Malaysia Vs Jerman 19 Mei 2014 Piala Thomas

Berikut merupakan keputusan yang akan dikemaskini sepanjang perlawanan badminton kumpulan c melibatkan pasukan Malaysia lwn Jerman berlangsung

UPDATE: Liew Darren kalah lagi...

New Delhi: Sekali lagi episod - Malaysia menang, kapten tumbang - berulang dalam kempen Piala Thomas, semalam.


Ketika pemain lain yang diturunkan tidak berdepan masalah membutirkan mata, tetapi tidak Liew Daren apabila dua kali berturut-turut tumbang.

Malam tadi, aksi Daren sebagai kapten pasukan terus mengecewakan apabila tewas di tangan Lukas Schmidt 20-22, 10-21 sekali gus gagal memberikan kemenangan mutlak buat skuad negara yang menang 4-1 ke atas Jerman dalam aksi kedua Kumpulan C kempen Piala Thomas di Stadium Tertutup Siri Fort.

Kelmarin, dia turut menjadi punca kegagalan Malaysia untuk mencatat kemenangan bergaya apabila tewas kepada perseorangan India, RMV Gurusaidutt 21-18, 13-21, 19-21 yang menyaksikan skuad negara sekadar menang 4-1.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek pula kelu lidah dan tidak tahu apa lagi alasan yang boleh diberikan berhubung aksi hambar Daren dalam dua perlawanan saingan Piala Thomas kali ini.

“Saya pun tidak tahu apa masalah Daren ini kerana kita sudah persiapkan dia untuk Piala Thomas kali ini. Semalam (kelmarin) setidak-tidaknya dia masih boleh bagi saingan juga, tetapi hari ini (semalam) pada set kedua langsung tidak boleh bersaing.

1 comments so far


EmoticonEmoticon