23 Mei, 2014

Piala Thomas: Malaysia ke final tewaskan Indonesia

Pasukan Piala Thomas negara telah berjaya menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan separuh akhir sebentar tadi. Kemenangan diperolehi melalui Datuk Lee Chong Wei yang menewaskan Tommy Sugiarto 21-19 dan 21-13.

Pasangan Tan Boon Heong / Hoon Thien How juga berjaya mengenepikan pasangan Indonesia Mohammad Ahsan / Hendra Setiawan melalui tiga set 21-19, 8-21 dan 23-21.

Pemain perseorangan kedua negara, Chong Wei Feng melengkapkan kemenangan Malaysia pada malam ini dengan menewaskan Dionysius Hayom Rumbaka 21-10 dan 21-17

Malaysia akan bertemu dengan Jepun pada perlawanan akhir Piala Thomas 2014


EmoticonEmoticon