17 Mei, 2014

PKR meludah ke langit

Sudahlah PKR!

Mengaku sahajalah bahawa kamu adalah satu parti politik yang dibanjiri oleh gangster dan ahli-ahli berbilang kaum yang tidak berkaliber. Sejak ditubuhkan lagi, lebih 15 tahun lalu, sudah ternampak ciri-ciri gangsterisma jalanan terbenih dalam halatuju parti ini.

PKR melaung-laung seperti tersambar petir setiap kali pihak lain buat kesilapan tidak kira betapa halus pun. Ada sahaja yang tidak kena untuk PKR, walaupun sesuatu yang baik.

Falsafah PKR hanya berkisar satu agenda sahaja, iaitu mengambil alih kuasa di Putrajaya walaupun boleh menjahanamkan seluruh negara.

Yang paling aneh adalah apabila parti sendiri kucar-kacir, Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim menyalahkan orang luar pula. Kononnya anasir-anasir luar yang mengakibatkan kacau-bilau dalam pemilihan parti di seluruh negara.

Satu mekanisma pertahanan yang memang tidak masuk akal langsung. Takkan di semua 27 bahagian, khas sekali di Selangor, tak adaorang PKR yang tak puas hati dengan kepimpinan konco-konco orang kanannya?

Ramai tidak akan terkilan jika dalam sedikit masa lagi Anwar sekeluarga menyalahkan Umno dan Barisan Nasional untuk semua masalah dalam partinya.

Ini sudah menjadi tabii orang PKR agaknya. Rumah sendiri penuh dengan sampah sarap tapi disalahkan jiran bila bau hapaknya tersebarluas.

Disebabkan tidak mahu tanggung malu yang berpanjangan, dengan lantas PKR menggantung ahli-ahli yang dituduh buat kacau-bilau semasa pemilihan parti. Yang lebih tak masuk akal ialah macam mana nak gantung orang bukan dari parti? Bukankah ini satu kenyataan yang bercanggah?

Bukan sekadar itu sahaja. Terbaru, mereka hendak memaparkan video-video untuk menjustifikasi tindakan disiplin yang diambil.

Bolehkah kita percaya video-video ini sedangkan apabila video lain yang mengimplikasi kepimpinan tertinggi PKR merebak luas di internet, ia disangsi kesahihannya?

Sisa-sisa buangan


Pada masa yang sama, tuduhan korupsi yang begitu serius terhadap Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk ‘membeli’ undi di bahagian cabang tidak dihiraukan oleh Ketua Umum, keluarganya dan orang kanan beliau.

Adakah tingkahlaku sebegini berlandaskan keterbukaan dan ketelusan PKR? Bayangkanlah jika seperkara begini berlaku dalam Umno.

Tohmahan demi tohmahan akan dilempar terhadap Najib Tun Razak dan sekutu-sekutunya seandai dunia sudah kiamat.

PAS dan DAP pula yang bersemimpi dengan PKR untuk meneraju Malaysia tiba-tiba sudah menjadi bisu lagi pekak.

Hai! Kenapa tak tegur rakan baik kamu untuk bertindak lebih profesional dalam menjalankan pemilihan parti memandangkan PKR ketandusan pemimpin yang benar-benar bertauliah dalam hal-hal politik.

Dahlah PAS dan DAP, sedekahkan Selangor kepada PKR walaupun pada hakikinya ia tidak layak mentadbirnya, khas sekali dari segi jumlah bilangan kerusi Adun.

Nafikanlah sekuat naluri kamu, namun dalam sanubari setiap pengikut PKR mereka sedar bahawa parti ini diselubungi dan dibah dengansisa-sisa buangan dari MIC, MCA, Hindraf dan sudah pasti Umno.

Sudah tiba masanya PKR menggali kubur mereka sendiri dan ditimbus oleh DAP dan PAS.

Free Malaysia Today


EmoticonEmoticon