06 Mei, 2014

Noda bergilir-gilir, remaja 13 tahun antara suspek

Gambar hiasan
Banda Aceh: Polis di sini semalam menangkap tiga orang, termasuk seorang budak berusia 13 tahun kerana didakwa merogol seorang wanita.

Polis juga masih memburu lima orang lagi berhubung kes berkenaan.

Ketua polis daerah Langsa, Hariadi berkata, kelapan-lapan suspek menyerbu rumah wanita berusia 25 tahun itu dan menahan mangsa yang ditangkap ketika hendak melakukan seks dengan seorang lelaki berusia 40 tahun yang sudah berkahwin.

“Mereka mengikat lelaki berkenaan di bilik sebelah dan kemudian secara bergilir-gilir merogol wanita terbabit,” kata Hariadi, semalam.

Menurut Hariadi, lima suspek yang diburu pihak polis itu sudah dikenal pasti.

- Agensi


EmoticonEmoticon