04 Jun, 2014

91 kes rogol di Kelantan dalam 5 bulan pertama - Polis

KOTA BHARU: Sebanyak 91 kes jenayah rogol dilaporkan di Kelantan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini dengan 88 daripadanya berjaya diselesaikan, menurut polis negeri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, dalam satu kenyataan hari ini, berkata ia menjurus kepada penahanan 90 individu.

Katanya, 92 kes rogol dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Insiden terbaharu yang mendapat perhatian ramai adalah kes dua remaja berusia 15 tahun dan 17 tahun yang dilaporkan dirogol sekumpulan lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian di Ketereh, 20 Mei lalu.

Jalaluddin juga berkata, pihaknya menyelesaikan 214 daripada 225 kes rogol sepanjang 2013 yang menyaksikan 161 individu ditahan.

- BERNAMA


EmoticonEmoticon