04 Jun, 2014

Anugerah Paling Seksi: 'Saya dah nasihatkan dia' - Amy Search

Baru baru ini ketika berlangsungnya majlis Anugerah Stail Eh! 2014, Nabila Huda telah dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi dan pastinya gelaran itu bukan sesuatu yang baru buat anak kepada lagenda rock neraga, Amy Search itu.

Walaupun pada hemat kami gelaran itu sebenarnya satu penghargaan terhadap gaya dan juga fesyen Nabila Huda, Amy Search sebagai bapa pastinya ada kurang senang apabila anaknya itu diangkat sebagai yang paling seksi dalam lautan selebriti di Malaysia ketika ini.

“Sebagai seorang bapa, sudah tentu saya ada menegur dia. Tetapi segala tindakan dia adalah tanggungjawab dia sendiri. Saya hanya boleh menasihati,” jawab Amy Search ringkas kepada GUA dan turut berkata hubungan mereka baik baik sahaja.
Dalam kenyataan sama, Amy Search turut memaklumkan yang beliau bakal muncul dengan sebuah album solo tidak lama lagi selepas 13 tahun tidak tampil dengan produk baru buat para peminat. Kami menunggu, heh.

Rotikaya


EmoticonEmoticon