22 Jun, 2014

(Foto) Piala Dunia: Rahsia Jurulatih Nigeria terbongkar

JURULATIH skuad Piala Dunia Nigeria, Stephen Keshi pernah mewakili pasukan Perlis dalam Liga Malaysia pada tahun 1997 hingga 1998 sebagai pemain pertahanan.

Keshi yang memimpin Nigeria dalam kumpulan F ketika ini berjaya mengutip satu kemenangan ke atas Bosnia Herzegovina selepas seri 0-0 semasa menentang Iran dalam perlawanan pertama.

Ketika mewakili Perlis, Keshi yang berusia 52 tahun kini melakukan 34 penampilan dengan menjaringkan 4 gol.

Perlis juga merupakan pasukan terakhir yang diwakilinya sebelum bergelar jurulatih.

Sepanjang kariernya yang bermula pada 1979 Keshi melakukan 386 penampilan bersama kelab dengan menghasilkan 51 gol.

Dia yang juga pemain kebangsaan Nigeria sejak 1981 hingga 1995 berjaya menjaringkan sembilan gol ketika tampil sebanyak 64 kali bagi negaranya.

Nigeria yang menghuni tangga kedua kumpulan F di belakang Argentina bakal melangkah ke pusingan kalah mati sekiranya berjaya meraih keputusan seri sekurang-kurangnya dalam perlawanan ketiga.

Nigeria bakal berdepan Argentina pada 26 Jun ini.

Keshi yang merupakan bekas pemain Perlis kini tampil sebagai seorang jurulatih berjaya di Nigeria.


EmoticonEmoticon