27 Jun, 2014

Nad Zainal dedah bukti diganggu Azwan Kombos

Kontroversi yang melibatkan Nad Zainal dan bekas kekasihnya Azwan Kombos bagaikan tidak sudah sudah apabila baru baru ini Nad Zainal telah membuat laporan polis yang mengatakan dia diganggu dan dikecam oleh Azwan Kombos.

Manakala Azwan Kombos pula menafikan kenyataan yang diperkatakan oleh Nad Zainal.

Pertemuan yang singkat bersama Nad Zainal semalam telah merungkaikan apa yang sebenarnya terjadi di antara dia dan bekas kekasihnya itu.

“Apa yang saya nak jelaskan di sini ialah apabila dia tidak habis-habis cerita pasal saya dan dia juga berkata dia tidak pernah menghubungi saya lagi itu semua adalah menipu. Dia mesej saya tak sudah sudah macam tidak boleh nak get over,“ ujarnya.

Nad Zainal memberitahu punca yang dia membuat laporan polis ialah disebabkan ada seseorang insan perempuan yang menelefonnya dan cuba untuk mengugutnya.

“Ada seorang perempuan yang saya memang tidak kenal langsung dengan nada yang marah menghubungi saya dan dengan kata-katanya yang tidak baik seperti dia cuba mengugut saya untuk membuka aib antara saya dan Azwan. Semua bukti-bukti yang dia cakap dan sebagainya telah dikumpulkan untuk dijadikan sebagai bahan bukti,“ ujarnya tegas.

Dia turut memberitahu bahawa perempuan tersebut ada juga memberikan tempoh selama 7 hari untuk berbaik semula dengan Azwan Kombos dan dalam masa yang sama mengugutnya serta mengancam untuk melakukan sesuatu terhadap dirinya.

Nad Zainal turut memberitahu bahawa sebenarnya Azwan Kombos masih menghubunginya dan yang terbaru apabila dia berada di Korea menjalankan penggambaran. Azwan juga dikatakan lebih kerap menghantar mesej kepadanya.

Bagi Nad Zainal sendiri itu adalah normal kepada setiap pasangan yang sudah ‘clash‘ untuk menghantar mesej memujuk dan sebagainya yang menjadi persoalannya adalah mengapa melibatkan orang luar dan tidak tahu daripada mana nombornya diperolehi perempuan misteri itu.

“Dia masih telefon saya yang terbaru apabila saya sedang menjalankan penggambaran di Korea. Saya faham kalau dia teks saya kerana itu normal bagi pasangan kekasih yang sudah ‘clash‘ tetapi bila melibatkan orang lain yang menelefon saya dan bercakap bukan-bukan amatlah pelik kerana mana dia dapat nombor telefon saya, kalau bukan dengan orang yang terdekat dan mengenali saya. Esok (Jumaat) saya akan ke balai polis untuk mengumpul semua bahan bukti dan ‘follow-up‘ kes ini,“ tambahnya lagi.

Azwan Kombos Pernah Serbu Di Lokasi Penggambaran

Selain itu, Nad turut membongkarkan bahawa pernah bekas kekasihnya itu, datang menyerbunya di lokasi penggambaran. Nad turut memberitahu sekiranya Azwan Kombos masih sayangkannya dia patut untuk melihatnya bahagia dan tidak perlulah membuat perkara-perkara yang sebegini yang juga boleh menjejaskan nama baik mereka.

Walaubagaimanapun, Nad turut menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali balik dengan bekas kekasihnya itu dan mendakwa seolah-olah bekas kekasihnya itu tidak matang.

“Dia pernah datang menyerbu saya di lokasi penggambaran, cuba untuk memujuk & sebagainya. Sebelum ini ada juga dia berkata bahawa saya tak bagitahu dia untuk putus walhal dia ada mesej saya dan rasanya tidak perlu untuk timbulnya isu terkejut”

“Dia seolah olah seorang yang tidak matang, kata boleh move on jadi teruskanlah. Apa yang dia nak sebenarnya yang penting saya tak akan tetap balik dengan dia,“ katanya. (rtky/hfz)


EmoticonEmoticon