08 Jun, 2014

Pahang Juara Piala FA

Shah Alam: Dua jaringan Pahang pada lewat perlawanan membolehkan Tok Gajah menjulang Piala FA edisi ke-25, sebentar tadi.

Anak buah Zainal Abidin Hassan menewaskan FELDA United FC (FUFC) 2-1 dalam final di Stadium Shah Alam.

Bagaimanapun FUFC mendahului pada minit ke-22 hasil jaringan Edward Junior Wilson selepas Zah Rahan Krangar memulakan gerakan menarik dari tengah padang.

Tersentak dengan jaringan itu Pahang mula mengatur gerakan bahaya dan hampir menjaringkan gol penyamaan melalui Azidan Sarudin yang menyaksikan tandukannya menggegar palang gol FUFC pada minit ke-38.
PEMAIN Pahang gembira selepas berjaya menjuarai Piala FA selepas berjaya menewaskan Felda 2-1 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam. FOTO Hasriyasyah Sabudin
Pahang akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 apabila pemain gantian, Mohd. Faizol Hussain melakukan rembatan dari luar petak penalti menewaskan penjaga gol, Mohd. Farizal Harun.

Jaringan kemenangan Pahang akhirnya hadir pada minit ke-89 menerusi tolakan Dickson Nwakaeme.


EmoticonEmoticon