25 Jun, 2014

Peminat mahu FIFA pecat pengadil 'rai' kekalahan Bosnia

Reaksi Peter O’Leary selepas Bosnia tewas kepada Nigeria
PENYEBARAN gambar Pengadil Bola Sepak dari New Zealand, Peter O’Leary yang seolah-olah ‘meraikan’ kekalahan Bosnia dalam menentang Nigeria dengan penjaga gol, Vincent Enyeama seakan membangkitkan kemarahan penyokong Bosnia.

Penyokong Bosnia yang menyifatkan pengadil tersebut ‘gembira’ dengan kekalahan pasukan tersebut telah memfailkan petisyen secara dalam talian mendesak pengadil itu dipecat dari sebarang perlawanan pada masa akan datang.

Setakat ini jumlah tandatangan peminat pasukan bola sepak yang menyokong pemecatan pengadil itu ialah sebanyak 23, 000.

Bintang Bosnia, Edin Dzeko turut meluahkan rasa kesalnya ke atas reaksi ‘gembira’ O’Leary yang dilihat di dalam gambar terbabit.

Menurutnya, pengadil tersebut tidak harus menyelia perlawanan bola sepak dan harus dihantar pulang ke negara asal semula.

Dalam perlawanan Liga Piala Dunia 2014 bagi Kumpulan F, Bosnia tewas ke tangan Nigeria 1-0 dan diikuti pula dengan kekalahan 2-0 dalam menentang Argentina pada 22 Jun lalu.


EmoticonEmoticon