17 Jun, 2014

Piala Duni: (Kumpulan G) Amerika Syarikat menang tipis ke atas Ghana

PEMAIN Amerika Syarikat, Michael Bradley (kiri) diasak pemain Ghana, Andre Ayew pada aksi perlawanan Kumpulan G Piala Dunia di Natal, awal pagi ini. - Foto AP
NATAL: Clint Dempsey menjaringkan gol terpantas pada Piala Dunia 2014 ketika perlawanan hanya berusia 32 saat apabila membantu Amerika Syarikat mendahului Ghana 1-0 dalam permainan babak pertama saingan Kumpulan G di Arena Dunas di Natal, awal pagi ini.

Gol itu berpunca daripada satu gerakan pantas dari sebelah kiri dengan kapten pasukan itu berjaya melepasi kawalan John Boye sebelum merembat pada paras rendah menewaskan penjaga gol Ghana, Adam Kwarasey.

Jaringan oleh Dempsey itu dikatakan kelima terpantas dalam sejarah Piala Dunia.

Ghana kemudian menyamakan kedudukan 1-1 melalui Andrew Ayew pada minit ke 82 namun ianya tidak dapat bertahan lama. Empat minit kemudian, John Brooks menambah gol Amerika Syarikat dengan tandukan yang cantik.

Keputusan penuh, Amerika Syarikat 2 Ghana 1


EmoticonEmoticon