27 Jun, 2014

Piala Dunia: Algeria layak temu Jerman selepas seri dengan Russia

ALGERIA 1
(Islam Slimani, m-60)

RUSSIA 1
(Alexander Kokorin, m-6)


CURITIBA: Algeria layak ke pusingan kedua Piala Dunia selepas bangkit untuk seri 1-1 ketika menentang Russia dalam aksi terakhir Kumpulan H di Arena da Baixada di Curitiba, sebentar tadi.

Belgium pula muncul juara kumpulan selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 yang tersingkir bersama Russia pimpinan Fabio Capello.
Dalam kelompok 16 terakhir nanti, Algeria akan berdepan juara Kumpulan G, Jerman.

Russia mendahului seawal minit keenam apabila Alexander Kokorin menyambut hantaran melintang yang tepat daripada Dmitry Kombarov sebelum membuat tandukan padu merobek gawang wakil tunggal negara Arab itu.

Namun, penjaga gol Russia, Igor Akinfeev menjadi bahan pertikaian apabila dikaitkan sebagai punca kepada gol penyamaan Algeria pada minit ke-60. Dia terkeluar daripada garisan dan gagal menyekat sepakan percuma oleh Yacine Brahimi yang kemudian ditanduk masuk Islam Slimani. - Reuters


EmoticonEmoticon