23 Jun, 2014

Piala Dunia: Belgium tundukan Rusia untuk langkah ke pusingan kedua

RIO DE JANEIRO, Brazil 23 Jun - Divock Origi muncul penjaring termuda Belgium pada Piala Dunia apabila jaringannya dua minit sebelum tamat permainan membantu pasukannya menundukkan Rusia 1-0 untuk melangkah ke pusingan kedua di Stadium Maracana, sebentar tadi.

Jaringan Origi pada minit ke-88 memecah kebuntuan selepas dia menyudahkan gerakan cantik Eden Hazard dalam perlawanan Kumpulan H.

Rusia, yang seri 1-1 dengan Korea Selatan dalam perlawanan pembukaan kini perlu menewaskan Algeria pada perlawanan terakhir untuk menghidupkan peluang. - AGENSI


EmoticonEmoticon