13 Jun, 2014

Piala Dunia: Brazil benam Croatia

Sao Paolo: Brazil membuka langkah kanan bagi kempen Piala Dunia 2014 apabila menumpaskan Croatia, 3-1, pada pertemuan pembukaan Kumpulan A, di Corinthians Arena, awal pagi ini.

Ayam tambatan tuan rumah, Neymar muncul wira apabila menyumbang dua gol, masing-masing pada babak pertama dan

Gol keramat Brazil muncul apabila Fred dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain Croatia, Lovren pada minit ke-69 yang kemudian membuatkan pengadil perlawanan Nishimura dari Jepun memberikan Brazil sepakan penalti.

Neymar kemudian menyempurnakan sepakan berkenaan dan Pletikosa tumpas buat kali kedua yang memberikan kelebihan satu jaringan ke atas

Brazil kemudian bagaikan tidak dapat disekat apabila Oscar memperoleh gol ketiga pada minit ke-90.

Brazil yang turun sebagai pasukan pilihan dikejutkan pada minit ke-11 apabila kelalaian barisan pertananan menghukum pasukan itu.

Gol berkenaan berpunca daripada Olic dari sebelah kiri kawasan Brazil. Dia kemudian melorongkan hantaran rendah yang melintasi gawang Brazil yang kemudian disungkit oleh Nikica Jelavic di depan gawang.

Sungkitan itu melepasi pertahanan Brazil sebelum Marcelo yang cuba menampannya tetapi terlepas ke gawang sendiri.

Tersentak degan keadaan itu, Brazil bertali arus melakukan serangan yang kemudianya memperoleh gol penyamaan pada minit ke-29.

Neymar mengelecek melepasi pertahanan Croatia, sebelum melakukan rembatan kaki kiri melepasi Pletikosa.

BRAZIL: Julio Cesar, Dani Alves, Thiago Silva, David Luiz, Marcelo, Luiz Gustavo, Paulinho, Oscar, Hulk, Neymar, Fred

CROATIA: Stipe Pletikosa, Darijo Srna, Vedran Corluka, Dejan Lovren, Sime Vrsaljko, Luka Modric, Mateo Kovacic, Ivan Rakitic, Ivan Perisic, Ivica Olic, Nikica Jelavic

PENGADIL: Yuichi Nishimura (Jepun)


EmoticonEmoticon