25 Jun, 2014

Piala Dunia: England tersingkir selepas ikat Costa Rica


ENGLAND 0
COSTA RICA 0

BELO HORIZONTE: Costa Rica melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia dengan rekod bangga berjaya ‘menyekat tiga bekas juara’ apabila seri 0-0 ketika menentang England dan sekali gus menjuarai Kumpulan D, sebentar tadi. Costa Rica yang sudah pun terjamin tiket ke kelompok 16 terakhir sebelum bermula perlawanan bertindak selesa mengekang England yang melakukan sembilan pertukaran ke atas pasukan yang tewas 1-2 kepada Uruguay tempoh hari.

Apa pun, perlawanan ini tidak banyak menjelmakan ancaman depan pintu gol daripada kedua-dua pasukan dan juga tanpa banyak saat-saat mendebarkan.

Penjaga gol England, Ben Foster berjaya menyentuh bola dengan hujung jari untuk menafikan percubaan Celso Borges pada minit ke-23 hasil sepakan percuma manakala dua rembatan Daniel Sturridge tersasar ketika England yang menguji barisan baru berjaya pulang dengan sedikit penghormatan.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah penyertaan The Three Lions tersingkir pada pusingan pertama sejak 1958.


EmoticonEmoticon