16 Jun, 2014

Piala Dunia: (Kumpulan E) Switzerland kecewakan Ecuador

REAKSI pemain Switzerland, Haris Seferovic (nombor 9) selepas menjaringkan gol kemenangan mengatasi Ecuador 2-1 sebentar tadi. - Foto REUTERS
BRASILIA: Haris Seferovic dijulang wira Switzerland apabila jaringan olehnya pada minit-minit terakhir perlawanan membantu pasukan menewaskan Ecuador 2-1 dalam saingan Kumpulan E Piala Dunia di Stadium Nasional sebentar tadi.

Satu ketika perlawanan ini seakan-akan berakhir dengan keputusan seri yang pertama dalam kejohanan kali ini sehingga jaringan dramatik Seferovic pada minit ke-90.

Terdahulu, Enner Valencia tampil menanduk masuk gol pertama membantu Ecuador 1-0 pada minit ke-22 ketika skuad dari Amerika Latin itu menunjukkan kualiti serangan yang baik. Namun, Admir Mehmedi pula berjaya membuat tandukan tiga minit selepas hadir selaku pemain gantian pada babak pertama.

Switzerland, pilihan pertama dalam kumpulan yang turut membabitkan pasukan Perancis dan Honduras satu ketika beranggapan mereka sudah menang pada minit ke-70 apabila Josip Drmic menjaringkan gol tapi penjaga garisan angkat bendera tanda ofsaid. Namun, Seferovic berjaya mendapat gol kemenangan untuk menceriakan pasukan mengutip mata penuh.- Agensi

Switzerland 2
(Admir Mehmedi m-48,
Haris Seferovic, m-90)

Ecuador 1(Enner Valencia, m-22)


EmoticonEmoticon