14 Jun, 2014

Piala Dunia: (Kumpulan A) - Mexico atasi Cameroon

Kumpulan A

Mexico 1 Cameroon 0 (Oribe Peralta, m-61)

NATAL: Mexico mengikis rasa hampa dua gol awal oleh mereka yang tidak dibenarkan pengadil sebelum mengatasi Cameroon 1-0 hasil jaringan tunggal Oribe Peralta pada babak kedua dalam aksi hujan hujan sepanjang tempoh permainan di di Stadium das Dunas, di sini sebentar tadi.

Keputusan ini menyaksikan anak didik Miguel Herrera menyertai tuan rumah, Brazil untuk berkongsi kedudukan teratas Kumpulan A Piala Dunia dengan mengutip tiga mata berharga.

Dalam perlawanan pembukaan, semalam, Brazil menewaskan Croatia 3-1 dengan dua gol daripada bintang Barcelona, Neymar.

Apa pun, keadaan hujan lebat di gelanggang tidak menghalang Mexico dan Cameroon daripada menyajikan permainan menarik. Begitupun, tiada jaringan berjaya diledakkan pada babak pertama sekalipun rentetan cubaan merbahaya dilancarkan kedua-dua pasukan.

Peluang terbaik Mexico untuk mendahului hadir pada minit ke-29 apabila Giovani dos Santos menanduk masuk bola hasil sepakan sudut namun jaringan itu dibatalkan pengadil, Wilmar Roldan dari Colombia. - AFP


EmoticonEmoticon