22 Jun, 2014

Piala Dunia: Messi pastikan Argentina atasi Iran

KUALA LUMPUR: Jaringan Lionel Messi pada masa tambahan memberi Argentina kemenangan 1-0 ke atas Iran dalam perlawanan Piala Dunia Kumpulan F di Estádio Mineirão, Belo Horizonte, Brazil, sebentar tadi.

Kemenangan itu, sekali gus melayakkan Argentina ke peringkat seterusnya apabila mengumpul enam mata selepas menang ke atas Bosnia pada perlawanan pertama.

Iran dan Nigeria mengumpul satu mata manakala Bosnia tanpa sebarang mata menjelang perlawanan dengan pasukan Afrika itu pagi ini.


EmoticonEmoticon