25 Jun, 2014

Piala Dunia: Penalti Samaras buat Ivory Coast derita dan tersingkir

PENJAGA gol Greece, Orestis Karnezis, menangkap bola sebelum disambar pemain Ivory Coast, Didier Drogba, pada perlawanan Piala Dunia di Arena Castelao, Fortaleza, Brazil, awal pagi ini. - Foto AP
GREECE 2
(Andreas Samaris, m42,
Giorgios Samaras,m-90

IVORY COAST 1 (Wilfried Bony,m-74)

FORTALEZA: Sepakan penalti pada minit-minit terakhir permainan daripada Giorgios Samaras membantu Greece mara ke kelompok 16 terakhir Piala Dunia buat julung kali selepas merakamkan kemenangan dramatik ke atas Ivory Coast 2-1 dalam saingan Kumpulan C di Stadium Estadio Castelao, sebentar tadi.

Wakil Afrika satu ketika tampak mampu layak ke pusingan kedua selepas Wilfried Bony menyamakan kedudukan pada minit ke-74 dan gol itu tampak sudah cukup untuk mereka layak dengan satu mata yang diperlukan.

Namun, Samaras menjadi pemusnah impian Ivory Coast apabila dia dijatuhkan dalam kotak penaltia sebelum dia sendiri tampil menyempurnakan sepakan penalti membantu Greece untuk bertemu juara Kumpulan D, Costa Rica merebut tiket ke suku akhir nanti.

Pemain gantian, Andreas Samaris memberi gol pendahuluan Greece pada mini ke-42 selepas menewaskan Boubacar Barry selepas satu kekalutan dalam kawasan benteng Ivory Coast. - Agensi


EmoticonEmoticon