27 Jun, 2014

Piala Dunia: Portugal Menang Tapi Tersingkir

PORTUGAL 2
John Boye, g.s m31)
Cristiano Ronaldo,m-m80)

GHANA 1
Asamoah Gyan (m80)

BRASILIA: Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo meledak gol pertamanya dalam kempen Piala Dunia Brazil ketika Portugal menewaskan Ghana 2-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan G namun masih gagal membantu pasukannya untuk mara ke pusingan kedua.

Sekalipun memiliki jumlah empat mata yang sama dengan Amerika Syarikat yang tumbang 1-0 kepada Jerman, perbezaan gol yang besar menyaksikan wakil Eropah itu sekadar mengisi kedudukan ketiga Kumpulan G.

Mengharapkan kemenangan dengan jaringan yang besar, Portugal yang dikuatkan Ronaldo gagal menyerlah malah jaringan pendahuluan pada babak pertama hanya terhasil menerusi jaringan sendiri pertahanan Ghana, John Boye pada minit ke-31.
Masuk babak kedua, Ghana yang mempunyai peluang lebih baik seandainya mencatat kemenangan meraih jaringan penyamaan menerusi Asamoah Gyan pada minit ke-57 yang menanduk masuk hantaran Kwadwo Asamoah menewaskan penjaga gol Portugal, Beto.

Rentetan peluang berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan namun gagal menerjah jaringan sehingga minit ke-80 apabila Ronaldo mudah merembat masuk gol peluang terhidang di depannya.

Penyingkiran Portugal menyaksikan mereka mengikuti jejak beberapa jaguh Eropah seperti Sepanyol, England dan Itali yang pulang awal. - Agensi


EmoticonEmoticon