26 Jun, 2014

Piala Dunia: Suarez letak jawatan

Luis Fernando Suarez meletak jawatan selepas skuad kendaliannya tersingkir dari Piala Dunia Fifa pagi tadi.

Kekalahan 3-0 ke atas Switzerland di Manaus mengakhiri kempen pasukan Honduras yang tidak berjaya meraih sebarang mata.

Bercakap selepas perlawanan, Suarez memberitahu masa sudah tiba untuk perubahan dan beliau percaya Honduras mempunyai masa depan yang cerah.

"Saya telah buat keputusan untuk meletak jawatan."

"Sudah tiba masa untuk perubahan untuk yang lebih bagus," ujar bekas jurulatih Ecuador.

"Jurulatih yang baru akan memiliki skuad yang berpotensi, kami mempunyai pemain yang muda yang berbakat dan saya mengambil pengalaman ini sebagai memori manis dan saya akan sentiasa menjadi penyokong setia Honduras."

Xherdan Shaqiri telah meledakkan hatrik ke atas Honduras, dua gol berjaya dihasilkan pemain sayap itu dalam masa 30 minit di Arena da Amazonia.

"Kami tidak bernasib baik kerana keputusan tidak menyebelahi kami. Gol awal Switzerland memberikan kelebihan kepada mereka kerana hanya melakukan serangan balas sebagai kunci utama mereka."

"Separuh masa kedua kami berjaya menghasilkan peluang tetapi tidak berjaya menyudahkannya. Seluruh negara kecewa kerana kami tidak berjaya ke pusingan seterusnya, itu adalah impian kami."loo


EmoticonEmoticon