24 Jun, 2014

Raja Azmi: Saya Solat Cukup 5 Waktu Selepas Berhijab

Bagus perubahan yang berlaku kepada Raja Azmi tetapi perlukah dicanang canang? Eh..

Produser Raja Azmi mendedahkan dia kini gembira dengan perubahannya selepas berhijab apabila dapat menunaikan solat lima waktu cukup setiap hari.

Raja Azmi tanpa segan silu mengaku sebelum ini ibadah solatnya tidak pernah cukup dan dia merasakan kejayaan yang sangat besar kini apabila dapat melaksanakannya dengan sempurna.

“Perkara paling ketara yang saya dapat lihat kepada diri saya adalah saya kini sangat mudah melengkapkan solat lima waktu setiap hari berbanding sebelum ini”

“Kadang-kadang dulu saya akui memang suakr hendak melengkapkan 5 waktu dalam sehari tetapi kini sudah tidak lagi. Mungkin selepas berhijab iman dan semangat saya makin kuat kerana sduah berjanji dengan Allah”

“Malah saya sendiri merasakan ini sebagai satu kejayaan yang besar dalam hidup dan insyaAllah sempean Ramadan yang akan tiba saya mahu berpuasa penuh dan berterawih cukup sebulan,” katanya kepada portal hiburan Murai.

Sumber: Portal Murai