25 Jun, 2014

Suarez hanya memalukan negara, kelab dan keluarganya

Lagenda England Paul Scholes berkata Luis Suarez telah memalukan kelab, negara dan keluarganya kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini.

Dalam tulisan di blog Paddy Power-nya, Scholes berkata penyerang Uruguay itu telah "memalukan kelab, negara dan keluarganya"

"Perasaannya akan menjadi teruk pada hari ini, dan ia adalah insiden memalukan kerana dia adalah pemain besar.

"Orang akan kenang perangai Suarez menggigit di Piala Dunia dan bukannya keupayaan terhebat bola sepaknya," katanya.

Scholes turut berkata, walaupun mengharamkan pemain Liverpool itu sepanjang Piala Dunia ia adalah masih tidak mencukupi.

Suarez turut berdepan panggantungan panjang daripada FIFA selepas tindakannya itu pada aksi kumpulan D menentang Itali awal pagi tadi.

Pada awalnya Suarez dilihat cuba menanduk Chiellini ketika berada di kawasan penalti Itali pada kedudukan 0-0 dan Uruguay nyaris-nyaris tersingkir dalam saingan Piala Dunia.

Bagaimanapun, ulangan video menunjukkan Suarez cuba menggigit Chiellini, sementara pemain Itali itu juga mengesahkan dia digigit apabila melondehkan baju bagi menunjukkan bukti kesan gigitan.

Ia adalah kejadian kali ketiga Suarez menggigit pemain lawan, bermula episod di Belanda ketika bermain bersama Ajax, sebelum insiden dengan pemain Chelsea Branislav Ivanovic pada April yang mengakibatkan Suarez digantung 10 perlawanan.


EmoticonEmoticon