30 Jun, 2014

Teman serumah bernafsu buas

Gambar hiasan
Saya ada kenalan lelaki yang gemar berfoya-foya. Dia mempunyai tiga mahupun empat teman wanita dalam satu masa.

Saya rasa bersalah terhadap gadis yang pernah ditipu kerana ada di antara mereka kehilangan duit dan kehormatan diri.

Saya akui rakan saya memiliki pakej rupa serta kerjaya baik. Namun jika difikirkan aspek lain, wanita itu juga bersalah kerana terlalu mudah ‘digula-gulakan’.

Saya bimbang kesannya turut tempias kepada saya. Maklumlah, ada keluarga antara mangsa rakan saya menyerang rumah sewa kami. Saya menjadi mangsa melepaskan kemarahan mereka apabila kawan saya gagal ditemui.

Dalam situasi ini, perlukah saya mencampuri urusan rakan saya meskipun ia lebih kepada hal peribadinya.

JONI
Petaling Jaya Selangor

Ambil pedoman daripada pepatah orang dulu-dulu yang berbunyi ‘ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua’. Maksudnya, kesilapan dilakukan seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya. Dalam situasi ini, Dang Setia rasa tanggungjawab saudara menasihati teman serumah bukan bermaksud mencampuri urusannya, tetapi untuk mengingati kesilapan dilakukannya.

Tambah pula saudara menjadi mangsa perkara buruk dilakukan, jadi seharusnya rakan itu mendengar dan mengubah tingkah lakunya.

Kali ini mungkin kemarahan itu hanya memberi kecederaan, kelak bahaya yang datang mungkin lebih teruk daripada itu.

Jika kawan masih meneruskan sikapnya yang berfoya-foya, saudara perlu mencari penyelesaian lebih baik iaitu berpindah bagi mengelak terus menjadi mangsa.
Zikir Zindagi (Ustaz Haslin Baharim)


EmoticonEmoticon