28 Jun, 2014

'Ustazah Facebook' terbit senarai nama ustaz paling mengarut di M'sia

Jika anda seorang pengguna Facebook yang sering berkongsi perihal agama, anda pasti mengenali seorang pemilik akaun yang menggunakan nama Nur Puteri Dayana (NPD)

NPD banyak menulis perihal hukum, kritikan hukum, wahabi, salafi dan perkara-perkara lain yang berkaitan mengenai sensitiviti agama. Beliau juga tidak ketinggalan mengkritik secara tulisan di laman Facebooknya mengenai perihal seseorang agamawan yang jika pada pemerhatiannya tidak betul.

Sumber-sumber kritikannya adalah dari video-video yang diterbitkan oleh orang ramai di laman Youtube. Berdasarkan dari situ, beliau mengulas kekhilafan ustaz-ustaz yang terlibat.

Terkini, NPD telah menyenaraikan beberapa nama di laman Facebooknya yang menyaksikan beberapa nama ustaz dan penceramah terkenal sebagai 'Agamawan Merapu'.

Antara tokoh-tokoh terkenal termasuklah Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Kazim Elias sebagai agamawan paling mengarut di MALAYSIA. Alasan yang diberikan adalah suka menyampaikan hadis palsu.

Antara agamawan paling banyak memfitnah di Malaysia menurut beliau juga adalah Ustaz Zamihan Al Ghari dan Abu Syafiq.

Ustaz Azhar Idrus pula adalah agamawan paling banyak menjawab soalan ikut lintasan aqal serta sekadar sebut kata ULAMA, ijmak ulama & bermulut celupar, suka sumpah seranah di Malaysia.

NPD turut memberi pautan ke laman Youtubenya yang menyenaraikan video-video Ustaz yang terbabit dalam senarai yang diciptanya.

Bagi kami yang kurang ilmu agama merasakan tindakan NPD agak keterlaluan. Adalah lebih baik teguran yang diberikan lebih beretika dan secara berdepan dengan individu yang terlibat.

Wallahualam..

1 comments so far


EmoticonEmoticon