22 Julai, 2014

3 pakar Malaysia ke lokasi kemalangan #MH17

KIEV 21 Julai - Malaysia telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pakar untuk mengambil bahagian dalam penyiasatan di lokasi kemalangan MH17, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, pasukan itu telah dipilih selepas Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) telah meminta Malaysia untuk menamakan tiga pakar bertauliah bagi menyertai pasukan penyiasat antabangsa.

Tambahnya, OSCE juga memberi jaminan kepada mereka bahawa ia telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia mengenai keselamatan dan keselamatan pasukan.

"Kami telah memberikan keutamaan kepada keselamatan mereka dan telah meminta OSCE memberi keyakinan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - AGENSI


EmoticonEmoticon