24 Julai, 2014

Belanda hantar polis kawal lokasi nahas #MH17

Kiev: Belanda dan beberapa negara lain yang kehilangan rakyatnya dalam nahas pesawat MH17 bercadang untuk menghantar pegawai polis untuk menjaga lokasi nahas di timur Ukraine.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, cadangan itu dikemukakan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dengan tujuan mengawal keselamatan kawasan nahas dan sekitarnya bagi membolehkan siasatan antarabangsa yang bebas dapat dijalankan.

"Rutte menyatakan dia bersama Australia dan beberapa negara lain yang kehilangan rakyatnya dalam nahas MH17 bercadang untuk menghantar pasukan polis berpakaian premis ke Ukraine di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya selepas dihubungi Rutte melalui telefon.

Kumpulan pertama mayat sudah diterbangkan dari Ukraine ke Belanda selepas kumpulan pemberontak pro-Russia melepaskan mayat itu selepas didesak masyarakat dunia. - AFP


EmoticonEmoticon