25 Julai, 2014

(Foto) Israel Bom Sekolah, 15 Mati Dan 200 Cedera!

KEJAM!

Tiada lagi perkataan untuk menggambarkan kekejaman rejim Zionis Israel.

Terbaru lima belas lagi rakyat Palestin terbunuh apabila bedilan Israel mengenai sekolah yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, menjadikan angka korban Palestin pada hari ke-17 menigkat kepada 777 orang manakala lebih 5,000 yang lain cedera.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra, berkata sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 200 cedera akibat bedilan Israel ke atas sebuah sekolah yang dikendalikan Agensi PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di utara bandar Beit Hanun, di mana ratusan orang awam mencari perlindungan daripada keganasan Israel.

Sehingga kini, 32 askar Israel terbunuh sejak ia memulakan serangan.

Angka itu adalah yang tertinggi bagi tentera Israel sejak peperangan dengan pejuang Hezbollah Lubnan pada 2006.

Berikut adalah gambar kejadian dan mangsa yang terlibat…termasuk remaja kurang upaya!


EmoticonEmoticon