24 Julai, 2014

#Gaza: Angka korban Palestin meningkat kepada 678 orang

BANDARAYA GAZA: Serangan udara Israeli di utara Semenanjung Gaza membunuh lima lagi rakyat Palestin petang tadi, menurut pasukan kecemasan, ketika tentera Israel mengumumkan dua lagi askar terbunuh dalam pertempuran.

Terdahulu, bedilan kereta kebal Israel membunuh lima rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak, di selatan Gaza.
Beberapa lagi siri serangan di seluruh Gaza menjadikan angka korban pada hari ke-16 keganasan Israel meningkat kepada 678 orang.

Seramai 32 orang di pihak Israel - dua orang awam, seorang pekerja asing dan 29 askar - turut terbunuh . - Agensi


EmoticonEmoticon