13 Julai, 2014

Keputusan undian kumpulan Piala Malaysia 2014

Juara bertahan, Pahang dilihat berada dalam laluan sukar apabila diundi untuk bersama dengan Lions XII, naib juara Piala FA, Felda United dan Johor Darul Takzim 2 dalam kumpulan A, Piala Malaysia 2014.
Majlis undian yang berlangsung di Institut Sukan Negara hari ini menyaksikan 16 pasukan yang terdiri daripada skuad Liga Super dan Liga Perdana dibahagikan kepada 4 kumpulan.

Sementara itu, kumpulan C dibarisi pasukan pilihan Johor Darul Takzim diletakkan bersama Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia dan Pulau Pinang.

Manakala Selangor pula terpaksa bertemu PDRM dalam saingan kumpulan D, yang turut disertai Sime Darby dan T-Team.

Bagaimanapun, Terengganu diyakini tidak akan mempunyai masalah untuk melepasi peringkat kumpulan apabila diletakkan bersama Sarawak, Perak dan Kedah dalam kumpulan B.

Perlawanan pembukaan Piala Malaysia bagi musim 2014 akan bermula pada 13 Ogos 2014 dan berakhir dengan perlawanan akhir iaitu pada 8 November 2014.

Piala Malaysia 2014

Kumpulan A

1- Pahang
2- Lions XII
3- Felda United
4- JDT 2

Kumpulan B
1- Terengganu
2- Sarawak
3- Perak
4- Kedah

Kumpulan C
1- JDT
2- Kelantan
3- ATM
4- Pulau Pinang

Kumpulan D
1- Selangor
2- Sime Darby
3- PDRM
4- T-Team


EmoticonEmoticon